— Mizha Clan

Archive
May, 2010 Monthly archive



Movie Sunday – Robin Hood, originally uploaded by miziology.

Akhirnya setelah sekian lama aku and hani tidak menonton wayang, hari ni berjaya juga. Aku mengambil kesempatan ke atas kehadiran mak mertuaku untuk menjaga rana hehe. So apa lagi jom layan Robin Hood!

Read More

Lama dah tak update kat blog ni.. Busy pulak bila dah ada Rana. As if time is not enough for me. (ke aku yang tak reti manage masa?? Ehh.. tak, tak.. masa yang tak cukup. hahakss..) Kejap je masa dah berlalu. Rana is almost 6 months. Dah makin bijak, makin tembam (tangan dah lenguh nak dukung dia lama-lama – which is a good sign sebab maknanya berat makin bertambah. hee..), makin kiut dengan perangai dia yang buat rasa nak geget-geget pipi dia, makin nakal sampai nak pakaikan baju pun susah. Kadang-kadang macam nak berwrestling pun ada. Hehe.. And the latest, Rana dah boleh makan..! Yummy! Tapi macam mana pun Alhamdulillah senang jaga Rana. Tak banyak ragam yg dasat-dasat. So far demam dengan selesema pun sekali je. Tu pun jangkit dari Daddy. Hehe..

Read More

Aku baru je lepas settle kan urusan tiket penerbangan aku dari LCCT ke Langkawi. Akhirnya aku akan ke Langkawi juga, Sebenarnya aku tak pernah lagi jejak kan kaki aku kat sana huhu so aku and hani decide cuti ni kami ingin pergi ke Langkawi dan yang bestnya aku bukan pergi bertiga sahaja tapi aku bawak 1 family, lebih kurang dalam 10 orang. Family hani tak dapat ikut so aku bawak family aku sahaja.

Read More




Karnival Hari Belia dan Jom Heboh, originally uploaded by miziology.

Deretan khemah-khemah telah sedia dipasang untuk karnival hujung minggu ni. Aku rasa ni adalah jumlah khemah yang paling banyak pernah aku lihat. Gambar ni pun baru 30% khemah yang ada hoho. Banyak aktiviti yang akan diadakan nanti. Jom ramai-ramai gegar Karnival Hari Belia dan Jom Heboh 2010 hujung minggu ni :)

Read More

Seperti yang dimaklumkan pada post terdahulu, ini lah theme terbaru MizhaClan.com. Amacam menarik tak? Setelah hampir setahun blog ini menggunakan theme Mizha, so aku rasa sudah tiba masanya untuk MizhaClan menggunakan theme yang baru, theme yang akan lebih tertumpu kepada content dan juga rekabentuk yang tersusun.

Pembinaan theme ini telah mengambil banyak masa untuk disiapkan, sebab untuk theme kali ini aku lebih fokuskan kepada Design dan juga beberapa fungsi baru dalam WordPress. Terus terang aku katakan, ini lah theme yang paling canggih pernah aku buat.

Read More