— Mizha Clan

Archive
Berita

Agak lama aku tidak aktif untuk berblog. Terlalu banyak komitmen dan perasaan Malas yang telah bertahta dalam diri aku ni. Untuk mendapatkan balik mood untuk berblog ni amat lah sukar kalau tak dimulakan dengan langkah pertama. Jadi dengan itu, aku telah membuat keputusan untuk merombak dan mengubah cara penyampaian dan rekabentuk keseluruhan blog MizhaClan ni supaya menjadi lebih fresh.

Apa Yang Baru?

Ok sebenarnya tak ada apa yang baru sangat pun cuma sekarang blog ni dah ada satu kategori baru iaitu Galeri. Ianya lebih kepada gambar-gambar yang aku snap. Semua gambar ni akan dikumpulkan untuk dijadikan satu Album atau Galeri MizhaClan. Maka dengan itu, blog ni akan menjadi PhotoBlog untuk MizhaClan.

Hopefuly, langkah yang aku lakukan ni akan berjaya membuatkan blog ni tidak sunyi lagi.

Kemaskini

  • 25/09/2011: Masih lagi dalam proses redesign untuk muka utama, single dan page post.
  • 02/10/2011: Jquery Galleria telah dimasukkan ke single post bagi kategori Galeri.
Read More

Walaupun kalah 2-1 dengan Indonesia di tempat lawan tapi kita tetap Juara Piala AFF Suzuki 2010 untuk kali pertama. Tahniah aku ucapkan kepada semua Pasukan Malaysia tak kira lah pemain, staff, penyokong dan sesiapalah yang terlibat secara langsung atau tidak. Tahniah!

ps: Rio Ferdinand juga ada mengucapkan tahniah kepada Team Malaysia di Twitter miliknya.

Read More

Read More

Bulan September agak suram untuk blog MizhaClan ni, dah hampir-hampir nak bersawang. So untuk bulan Oktober ni ada sedikit pembaharuan akan dilakukan bagi menaikan lagi seri blog MizhaClan ni.

Setelah berbincang, kami decide untuk menukar cara persembahan dan penyampaian dalam blog ni. Kalau dilihat dari tema baru blog ni yang lebih ringkas jadi sudah tentulah post-post dalam blog ni juga akan jadi ringkas. Semua ni dilakukan bagi memudahkan kami untuk selalu update blog (mudah-mudahan). Tak perlu fikir post yang panjang-panjang, pendek-pendek pun ok la asal blog berupdate lagi pun kekangan masa juga adalah masalah utama bagi kami.

MizhaClan V3

So aku harap korang still support kami lagi. Apa pendapat korang tentang perubahan ni?

ps: aku ingat nak jadikan tema ni percuma untuk didownload. Korang nak ker?

Read More

Dikesempatan ini kami ingin menyusun sepuluh jari tanda kemaafan jika ada terlanjur kata, terguris jiwa, tersalah bicara dan perbuatan tidak kena kepada semua rakan-rakan yang mengenali kami secara langsung atau tidak. Kepada mereka yang akan pulang ke kampung halaman samada dengan memandu atau menumpang, jagalah keselamatan anda dan ingatlah orang yang anda sayangi. Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin dari Kami MizhaClan.

Akhir sekali jom kita layan pantun raya

Anak Dolah makan lepat
Makan lepat sambil melompat
Nak hantar Kad Raya dah tak sempat
Pakai Blog ni pun kira ok what?

Selamat Hari Raya dari Mizhaclan

Read More