Haha tajuk yang agak hype, Memandangkan Piala Dunia 2010 akan bermula beberapa jam je lagi so hari ni aku nak bagi hangat sikit. Sebenarnya ada sambungan di belakang tajuk post ini iaitu “England Juara Piala Dunia Tahun 1966“. Itulah kali pertama dan terakhirnya England menjadi Juara Dunia dalam arena bola sepak. Dah lama Malaysia England tidak menjulang piala dunia ni so harap-harap pada tahun 2010 ni menjadi tahun yang bertuah bagi pasukan The Three Lions.
Aku pun rasa semua dah tahu yang Google baru je update pagerank untuk suku pertama tahun ni. Apa yang aku boleh simpul kan PR untuk rangkaian blog aku ni ada yang naik dan ada yang maintain sahaja. Paling best blog ni la dah dapat PR2 dan ada beberapa blog aku yang lain naik dari PR1 ke PR3 dan dari PR0 ke PR1, selebihnya maintain PR1. Bagi seorang blogger PR update adalah masa yang ditunggu-tunggukan, masa ni la pelbagai ragam dapat kita lihat. Ada yang gembira and tersenyum dan ada juga yang muram kecewa. Google punya penangan memang dasyat. So PR korang macamana? Ada baik?
© 2012 Mizha Clan | Theme by Eleven Themes