Baby dah 37 weeks dah. Walaupun due dia 8/12 tapi kalau boleh nak je suruh baby keluar awal. Hihi.. Tak sabar nak tengok baby, main-main dengan dia, cuddle dia.. Selalu rasa dia gerak-gerak dengan tendang-tendang je sampai kadang-kadang buat mummy dia terjerit sakit, nak gak tengok dia tendang-tendang kat luar. Eeyyyy tak sabarnya nak tunggu baby ni :D Pingang dengan perut kadang-kadang dah rasa sakit tapi tanda-tanda lain takde pulak. So i have no other choice but to wait. Takkan nak paksa pulak kan. Hihi..

Hari tu ada terbaca blog seorang ibu ni cerita pengalaman dia bersalin. Memang menimbulkan rasa takut tapi jadi excited dengan tak sabar pulak nak rasa pengalaman tu. Harap-harap semuanya okay so dapat bersalin secara normal. Tak nak la operation sebab nanti tak dapat rasa sakit masa bersalin tu ;) Syukur alhamdulillah kalau dapat bersalin secara normal :)

18/11/2009 Ranalogy, Reality

Lama dah tak update blog ni.. Ni baru ada masa nak update :) Baby is gonna be 9 months this Tuesday!! Can’t wait to see and hold the “mirror image” of both of us. Last Thursday went for check up. Alhamdulillah semua okay, Hb pun dah naik dengan jayanya sampai 12.3. Sebelum ni pun kalau normal 11 lebih je. Hihi.. Berat pulak naik 2.2 kg dalam masa 2 minggu. Huhuhu.. Dah lebih 10 kg dah naik ni. Lepas ni nak kene ‘menten’ balik.

Hihi.. Baby pun alhamdulillah sihat. Masa pergi scan 33 weeks tu berat baby dah 1.84 kg. Ni mesti dah naik sampai 2kg atau lebih kan?? Kaki dah bengkak teruk gak ni. Tak boleh berdiri atau jalan lama sangat.

I called Putrajaya Hospital just now to ask them about TCM. Kat hospital ni dah ada service Postnatal Traditional Massage for free. Tapi untuk yang deliver kat hospital Putrajaya je la. Hehe.. Kerajaan baru start buat program ni kat 3 hospital je. Alhamdulillah tak payah susah-susah nak cari tukang urut lagi. Dah lepas bersalin nanti baru register untuk buat appointment. Okay lah, dah penat duduk atas kerusi ni menaip. Nak pergi rest dulu.. daa.. :D

09/11/2009 Ranalogy, Reality

Baby is 8 month today so another 1 month to go. Yay! :D Tapi bila fikir betul-betul, takut & risau pulak. huhu.. Reti ke aku nak bersalin?? Tu lah soalan yang paling femes kat otak nih. haha.. Alaa, budak sekolah pun rileks je bersalin.. Sorang-sorang lagi. hihi.. Hope everything will be fine kan. Aminn..

Hari tu pergi check up kat KK Putrajaya. Ok je KK tu. Nurse pun peramah & sistem dia pun canggih. Cuma lama tunggu la tapi biasa la tu kan. :D Baby ok, next week buat scan kot tapi mummy dia yang tak ok. Hb (hemoglobin) turun banyak.. 10.8 je. huhu.. Penangan minum kopi & teh. Tu semua teringin makan biskut lutut punya pasal! Sticker dari putih jadi hijau. :D Kene lah sedaya upaya naikkan Hb balik kalau tak risky nanti.

Assignment pun nurse dah bagi. Have to start counting baby’s movement everyday from 9 am to 9 pm. Should be at least 10 movements. Tapi baby ni memang terlebih active dah so should not be worried kot. hihi.. Tapi ape pun tetap kira gak sampai 10. :D Kadang-kadang rasa sakit gak bila dia terlebih active tapi rasa perasaan yang sangat-sangat indah ;) Harap-harap baby sihat sentiasa & semuanya berjalan lancar masa bersalin & lepas bersalin. Aminn.. ;)

13/10/2009 Ranalogy, Reality

Lama dah tak update blog ni.. Yela, busy sikit sebab raya. Kerja utama time raya ni adalah makan, makan & makan. Dah tembam betul ni. hihi.. Baby  dah masuk 30 weeks. 10 more weeks to go hunny! ;) tu pun kalau baby nak tunggu betul-betul 40 weeks kan.hihi.. Baby’s stuff tinggal sikit je lagi nak beli.. Rasa macam nak beli baju dia banyak-banyak bila ada yang kiut-kiut tu tapi nasib baik la ada dua orang pembantah (my hubby & mak) kalau tak.. heheh.. Baby kan grows very fast so it will be a waste if she can only wear it for a little while.. She?? hrmm..macam confident je baby ni girl. hihihi.. Tak tau la nak buat scan lagi ke tak. InsyaAllah baby will be delivered @ Putrajaya Hospital. ;)

Last Monday when we were in Melaka, my hubby received a phone call. Kuaters dah dapat! Mr. hubby baru je plan nak apply untuk transfer ke Melaka. Tapi dah dapat kuaters ni tak jadi la. hehe.. Tunggu la lagi 3 ke 4 tahun :) Hari Selasa lepas, pergi la BPH untuk settle kan semua. Kena gak bayar deposit rupanya. hihi.. Dah la kene bayar deposit air nun jauh di Bandar Baru Salak Tinggi. Menggelabah gak nak pergi sana sebab tak tau jalan. Nasib baik la ada Google Map yang on-call iaitu my bro in law. hahaks.. Maybe hari ni dapat kunci so boleh la tengok rumah tu kat Presint 17.

01/10/2009 Ranalogy, Reality

12