Tiada kata yang dapat aku gambarkan sewaktu aku melihat zuriat ku lahir ke dunia. Tapi tak mengapa, aku akan cuba berkongsi pengalamanku sewaktu menjadi seorang bapa. Mungkin ramai dikalangan bakal-bakal bapa diluar sana ingin mengetahui atau tertanya-tanya bagaimana agaknya keadaan waktu itu.
Semakin dekat waktu due date nya semakin risau and banyak persoalan yang timbul. “Aku dah nak jadi seorang ayah” itu lah kata-kata yang keluar dari hati nurani ku ini haha macam bermadah la pulak. Aku juga seperti korang, tak tahu macamana nak buat kalau hani bersalin nanti. Ayah aku ada gak bagi sedikit tips dan nasihat sebagai seorang bapa hehe. So kalau boleh korang baca lah sedikit sebanyak tentang kelahiran supaya korang lebih bersedia nanti. Ok kalu korang nak tahu apa yang berlaku masa tu korang boleh baca post hani di sini. Aku cuma akan ceritakan pengalaman semasa berada di labour room sahaja hehe.
Rana is 18 days today. Tadi nurse datang rumah timbang berat dia. Rana dah 3.4kg. Yay! Dah naik 0.4kg. Hari tu masa day 10 berat dia 3.0kg, turun 0.3kg. Nurse cakap memang macam tu sebab dia mengecut. Hihi.. No wonder tak tembam sangat.
Rana dah pandai meragam dah kadang-kadang & make me confuse sometimes. Hihi.. Gaya dia dah macam 1 bulan. Langsung tak macam baby dalam hari. Baby-baby zaman sekarang ni memang advance la. Bedung pun tak nak. Tangan tu jangan la nak tutup dengan selimut. Kejap lagi konpem dia keluarkan. Hihi..
Birthday Boy and Present, originally uploaded by miziology.
Hari ni, office aku buat Majlis Hari Lahir. Dapat la hadiah tapi bukan untuk aku as the birthday boy tapi untuk Baby Rana ku hehe. Thanks to all office mate.
Hohoho Buat pertama kalinya aku menulis tutorial. Ok seperti yang korang tau pada post sebelum ni, aku ada try untuk buat live blogging. Ternyata percubaan pertamaku itu menjadi (kalau tak rugi 0.25 sen duit MMS aku hehe).
Live Blogging akan menjadi salah satu kategori dalam blog MizhaClan ni. So lepas ni apa yang berjaya aku snap guna PDA aku yang aku rasa menarik untuk di share, aku akan publish kat blog ni. Yup “Snap Gambar then Publish” Simple. Jadi hari ini aku akan cuba mengajar korang plak, Macamana nak buat Live Blogging. Aku akan try persembahkan dengan cara yang terbaik supaya korang senang paham.
New Category – Live Blogging, originally uploaded by miziology.
Testing buat live blogging. Ni adalah salah satu pembaharuan yang akan dilakukan pada blog ni. So lepas ni MizhaClan akan ada kategori baru. Live Blogging.
© 2012 Mizha Clan | Theme by Eleven Themes