Lama dah tak update blog ni.. Yela, busy sikit sebab raya. Kerja utama time raya ni adalah makan, makan & makan. Dah tembam betul ni. hihi.. Baby  dah masuk 30 weeks. 10 more weeks to go hunny! ;) tu pun kalau baby nak tunggu betul-betul 40 weeks kan.hihi.. Baby’s stuff tinggal sikit je lagi nak beli.. Rasa macam nak beli baju dia banyak-banyak bila ada yang kiut-kiut tu tapi nasib baik la ada dua orang pembantah (my hubby & mak) kalau tak.. heheh.. Baby kan grows very fast so it will be a waste if she can only wear it for a little while.. She?? hrmm..macam confident je baby ni girl. hihihi.. Tak tau la nak buat scan lagi ke tak. InsyaAllah baby will be delivered @ Putrajaya Hospital. ;)

Last Monday when we were in Melaka, my hubby received a phone call. Kuaters dah dapat! Mr. hubby baru je plan nak apply untuk transfer ke Melaka. Tapi dah dapat kuaters ni tak jadi la. hehe.. Tunggu la lagi 3 ke 4 tahun :) Hari Selasa lepas, pergi la BPH untuk settle kan semua. Kena gak bayar deposit rupanya. hihi.. Dah la kene bayar deposit air nun jauh di Bandar Baru Salak Tinggi. Menggelabah gak nak pergi sana sebab tak tau jalan. Nasib baik la ada Google Map yang on-call iaitu my bro in law. hahaks.. Maybe hari ni dapat kunci so boleh la tengok rumah tu kat Presint 17.

Lupa plak nak citer pasal raya hari tu. hihi.. Hari sabtu balik JB sampai la hari raya ke 5 baru balik Melaka. Masa nak gerak tu dah macam jejak kasih dah dengan mak & kakak. ekeke.. On raya morning I called my family, sedu sedan lagi. haha.. Yela, 1st time tak beraya dengan my family.. hihi.. Then salam & minta ampun dengan my hubby pun 1st time.. (nangis gak la) tp my hubby selamba je tersengih-sengih.. dia pun ada buat salah gak tau! hihi.. Penat gak kat sana berjalan raya sampai 12 midnight. Esoknya sampai ke Pontian plak. Balik je macam nak pengsan je rasa. Tapi enjoy gak la ;) Ni dah balik Semenyih & my hubby pun dah start kerja. Boring gak dia dah kerja tapi still ada benda nak settle pasal kuaters tu. Tak sabar ni nak tengok rumah baru walaupun bukan rumah sendiri. eheheh..

MizhaClan Family's Photo