Mizha Clan

Tentang Mizha

MizhaClan.com adalah sebuah blog yang menerbitkan artikel-artikel yang menyentuh hal-hal berkenaan kekeluargaan dan isu-isu yang menarik dari kacamata Mizi dan Hani. Ianya akan lebih tertumpu kepada Mizha Clan itu sendiri.

Definisi: Mizha adalah kombinasi nama Mizi dan Hani manakala MizhaClan pula membawa maksud Keluarga Mizi dan Hani.

Destinasi Bajet

  • Pulau Langkawi Part 1
  • Pulau Langkawi Part 2
  • Pulau Langkawi Part 3

Post Terkini

  • #WW – Multitasking Selamanya
  • KUD 2011 Putrajaya
  • Aquaria KLCC 2011
  • Zoo Negara 2011
  • Tuesday Night Movie

PayPal Limited Account Access

Tanggal 16hb Ogos 2010, Beberapa email dari pihak paypal telah menerjah ke kotak email aku. Ianya bukan email yang aku sering nantikan dari paypal tetapi email yang memeranjatkan aku. Korang boleh lihat isi kandungan email tersebut di bawah ni:

Paypal Email 1

So kalau dikira total duit paypal aku ditolak sebanyak $256 bersamaan RM790. Banyak tu huhu. Selang beberapa minit email seterusnya dari paypal masuk. Kali ni paypal mengatakan akaun aku kena “Limited Account Access”. Terus berderau jantung aku dibuatnya, ye la dalam paypal aku tu masih ada lagi baki duit yang belum aku cashout kan so agak cemas jugak aku masa tu dah la $256 kena kebas ni akaun pulak kena limited access.

Paypal Emial 2

Tanpa berlengah lagi aku terus login paypal aku, dan aku di minta untuk ubah password dan macam-macam lagi untuk update akaun. Alhamdulillah bila aku lihat baki, duit aku masih ada cuma aku kehilangan $100 sahaja sebab $156 telah di masukkan semula ke dalam akaun aku. Aku terus cashout kan duit aku untuk diselamatkan sebelum apa-apa yang terjadi.

Lepas semua satle, aku buat report kat paypal untuk refund $100 aku tadi. Email seterusnya dari paypal masuk, kali ni pihak paypal bagitahu mereka akan membuat siasatan terhadap kes aku ni. Selang beberapa hari paypal hantar email mengatakan aku telah berjaya mendapat refund yay!

Paypal Email 3

Alhamdulillah kes selesai, Cuma apa yang aku pelik macamana budak dari india ni boleh curi duit paypal aku. Korang penah alami tak benda ni? So lepas sahaja duit aku tu masuk balik dalam akaun, aku terus shopping online. Nak tahu apa yang aku beli? Tungguuuu hehe

10 Comments

  1. en_me says:
    01/09/2010 at 2:30 PM

    bengang kanns kena curik duit ghitewww.. sibbaik dpt duit balik kanns

    Reply
    • Miziology says:
      10/09/2010 at 11:16 AM

      mmg bengang hehe

      Reply
  2. mijie says:
    09/09/2010 at 4:42 PM

    saper la yang giler hack akaun bro tu

    Reply
    • Miziology says:
      10/09/2010 at 11:16 AM

      entah lah.. budak dr india dh buat fake jualan kpd aku.

      Reply
  3. reezluv says:
    24/09/2010 at 8:56 PM

    oho..camtu pun ada..mak ai..bahaya gak

    Reply
    • Miziology says:
      25/09/2010 at 11:20 AM

      mmg bahaya ooo hehe

      Reply
  4. boss says:
    25/09/2010 at 1:12 AM

    pelik macam mana dia boleh akses akuan paypal ko tu? ho ho beli ape bro…

    Reply
    • Miziology says:
      25/09/2010 at 11:21 AM

      aku rasa die xakses akaun aku tp die buat fake jual beli ngan aku..
      duit refund tu aku beli beg hehe

      Reply
  5. Simpan duit dalam PayPal adakah ia selamat? | HujanBatu says:
    08/11/2010 at 12:43 PM

    [...] Kes yang pertama ialah saudara miziologi kehilangan $USD256. boleh baca artikel ini di blog beliau disini. [...]

    Reply
  6. Recap 2010 MizhaClan says:
    03/01/2011 at 7:35 PM

    [...] PayPal aku telah di Limited Account Access [...]

    Reply

Leave a Comment

Click here to cancel reply.

Tags: Limited Account Access, Paypal

01/09/2010 Reality

© 2012 Mizha Clan | Theme by Eleven Themes