Tiada kata yang dapat aku gambarkan sewaktu aku melihat zuriat ku lahir ke dunia. Tapi tak mengapa, aku akan cuba berkongsi pengalamanku sewaktu menjadi seorang bapa. Mungkin ramai dikalangan bakal-bakal bapa diluar sana ingin mengetahui atau tertanya-tanya bagaimana agaknya keadaan waktu itu.
Semakin dekat waktu due date nya semakin risau and banyak persoalan yang timbul. “Aku dah nak jadi seorang ayah” itu lah kata-kata yang keluar dari hati nurani ku ini haha macam bermadah la pulak. Aku juga seperti korang, tak tahu macamana nak buat kalau hani bersalin nanti. Ayah aku ada gak bagi sedikit tips dan nasihat sebagai seorang bapa hehe. So kalau boleh korang baca lah sedikit sebanyak tentang kelahiran supaya korang lebih bersedia nanti. Ok kalu korang nak tahu apa yang berlaku masa tu korang boleh baca post hani di sini. Aku cuma akan ceritakan pengalaman semasa berada di labour room sahaja hehe.
Hati aku pada masa tu memang risau and tak senang. Lagi-lagi kalau tengok hani tengah tahan sakit contraction, so korang sebagai seorang suami perlu lah bagi sokongan. Letak kan lah diri kita sebagai diri isteri kita. Memang bukan kita yang merasa sakitnya tapi dengan kehadiran suami dapatlah sedikit sebanyak memberikan isteri kita semangat. Nurse dah banyak kali ulang alik tengok keadaan hani, sampai lah satu ketika aku dengar hani dah bersedia untuk melahirkan baby. So nurse minta aku keluar kejap sebab diaorng nak buat preparation. Aku pun keluar, Jantung aku semakin laju and tak putus-putus aku berdoa supaya di permudahkan kelahiran dan selamatkan lah isteriku. Nurse dah pangil aku masuk semula, aku pun masuk dan aku sempat lihat sebahagian kepala and rambut telah keluar sedikit. Tak tahu macamana perasaan aku pada masa tu, yang aku tau hanya untuk memberikan semangat kepada hani. Nafas hani pada masa tu memang pendek so dia teran-teran pun tak berjaya. Nurse suruh aku mengira sampai sepuluh ketika hani meneran, sampai je kiraan sepuluh tarik nafas semula kemudian teran balik. Ketika hani teran aku juga ikut meneran. Agak cemas juga aku pada masa tu dengan melihat hani berpeluh dan baby tak juga keluar. Aku bagi lagi semangat kepada hani, “Sayang dah nampak sikit dah kepala dia, teran lagi lama-lama” ayat itu memang bayak kali aku sebut.
Nurse-nurse yang ada dalam labour room juga turut bagi semangat kepada hani. Aku juga sekali sekala melihat perkembangan baby, masih lagi nampak rambut sahaja. So aku cakap pada hani, kali ni teran lama-lama. Alhamdullilah kepala sudah berjaya keluar, aku sudah dapt melihat wajah zuriatku. Kali ni teran lagi terus keluar baby, warna kulit bewarna unggu kebiruaan dan lama kelamaan warna itu berubah kepada kemerah-merahan. Suara baby juga sudah ku dengari, Hani juga sudah lega dan aku terus bisik kat hani “baby perempuan” hehe. Hanya Allah S.W.T sahaja yang tahu perasaan aku ketika itu, dan korang juga akan alami perasaan itu. Akhirnya aku telah menjadi seorang Bapa.

Selepas selesai semuanya, nurse suruh aku keluar semula untuk diaorang buat jahitan and bersihkan baby. 2 jam jugak aku tunggu untuk masuk semula bagi mengazan kan baby. Baby telah pun dibersihkan, jadi aku angkat untuk mengazan dan mengqamat kan baby, memang sebak juga pada masa tu. Ucapan tahniah juga aku berikan kepada hani. Memang lega pada masa tu sebab semuanya dah selamat.
So apa yang aku dapat simpulkan dengan cerita aku di atas adalah:
- Sebagai seorang suami, korang perlu ada disisinya pada ketika itu.
- Korang wajib masuk labour room (kalau bersalin normal).
- Jangan Takut, Jangan biarkan isteri anda bersalin keseorangan.
- Berikan semangat. Kalau korang jenis takut darah, jangan tengok tapi bagi semangat.
- Berdoa untuk keselamatan baby and isteri.
Aku harap perkongsian ini dapat lah sedikit sebanyak memberikan gambaran apa yang akan berlaku pada masa tu, so kepada bakal-bakal bapa korang bersedia lah dari segi mental dan fizikal hehe. Jika ada apa persoalan jangan malu untuk meletakan komen di bawah ni. Aku akan cuba menjawab sebaik mungkin hehe macam pakar je aku ni.
aku takde pengalaman. macam best plak baca pengalman ko ni..labour room. hmm..
xpe bro..pengalaman tu nanti bro akn tempuh gak hehe
huhuhuhuh….walaupownaq xpnah rs xperience 2 tp aq blh rskn perasaan bl da dgr sore baby yg di nanti2kan slame 9 bln 10 ari,…n…aq pown da tgk proses kelahiran 2 dr awl smpai hbs…
mmg susah nk dgambarkan……
tahniah..thanks share pengalaman yg aku tak alami dulu, aku cukup ralat dulu mase bini aku bersalin..aku tak dibenarkan msuk labor room..mmg hospital kerajaan tuh tak benarkan husband msuk..hanye doa saje yg iring bini msuk..time tuh..hnya Allah saje yg tau betape gundah gulananye aku..hampir 7 jam aku tunggu kt luar labor room..alhamdulillah..semuanye selamat…
xbg masuk ker?huhu tp xpe yg penting semuanya selamat hehe
mmg satu pengalaman yg berharga
alhamdulillah n tahniah mizi…waa..mmg bagus ko masuk labour room tu..itulah kenangan y xpat dilupakn oleh suami isteri..suami menemani disisi adlh saat2 y tramat mmbahagiakn si isteri…tringt aku masa melahirkn,genggaman tangan suami sguh bgtu brerti skali…
mmg satu pengalaman yg xdpt dilupakan hehe
Tahniah bro.. tak lama lagi..insya’Allah… aku punya time plak… bulan 2 thn depan…. bersalin kat mana?
isyallah bro,aku doa kn semua selamat..
bersalin kt Hospital Putrajaya.
erm… kalu mintak pendapat sy, memang sye wajibkan bakal bapa teman n bagi support kat bakal ibu waktu labour… sbb minggu lps sye msuk labour room sbb kene observe patient in labour…
ad bakal bapa yang x tahan lihat isteri dia n mintak kebenaran nak keluar dari l/r. 1st day sye tengok terus mengalir air mata n teringat kat mak kat kampung. sye jugak kagum kat suami yang sanggup tunggu sampai la baby dorang lahir..
tegok la isteri waktu dorang melahirkan terutamanya anak 1st, sebab anak 1st memang susah nak keluar sbb si ibu belum pandai meneran..
lpas tu barulah suami akan hargai setiap pengorbanan setiap wanita yang bergelar isteri dan ibu….
ya betul tu.. mmg pd masa tu isteri memerlukan suaminya disisi.. thanks mimi
peh, tahniah. aku pun insyaalah akan jadi bapa. berdebar2 ni…
mudah-mudahan semua berjalan lancar
thanks… sbb share pengalaman. ni tngah menimba ilmu dari pengalaman orng kt blog2. almaklum la bln ni my wife akn bersalin anak pertama. =)